Selasa, 20 Maret 2012

Derajat Wanita


Assalamu’alaikum wr.wb
selamat datang diblog sarah , disini sarah akan membahas tentang derajat seorang wanita..
selamat membaca :)

Begitu tingginya “Derajat Wanita” :

1. Doa wanita akan lebih makbul dari pada pria kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari pada pria. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang dari pada ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

 2. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

 3. Apabila seseorang wanita merasakan sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan dari pada susunya diberi satu kebajikan.

 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. 

 7. Barang siapa yang mengembirakan perempuannya,maka diangkatlah derajatnya seumpama orang yang selalu menangis karena takut  kepada Allah dan orang yang takut kepada Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

 8. Barang siapa membawa hadiah, lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyayangi anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

 9. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari pada suaminya (10,000 tahun)

 10. Perempuan apabila shalat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana pun yang dia dikehendaki.

 11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik dari pada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

 13.Apabila memanggil  engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama  dia taat kepada suaminya serta menjaga shalat dan puasanya.

 15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? Dari pintu mana pun yang diakehendaki dengan tidak dihisab.

 16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

 17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi MuhammadS.a.w) di dalam syurga.

 18. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan/baik dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

 19. Dari Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari
anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

 Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.Karena wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu lebih dari wanita. Itulah kelebihan wanita yang kita ketahui, selebihnya hanya ALLAH saja yang Maha Mengetahui. Wallahu a'lam bi showab

Tidak ada komentar:

Posting Komentar